ape korg nak tanye? aku sehat ke x? alhamdulillah, aku sehat je. tp sakit belakang tu still ade lagi la. yela, bukan senang satu penyakit tu nak sembuh kan. insyaAllah, nty akan recover lah sepenuh nya. doa2 kan lah aku yer. =D oraite, kali ni aku nak share2 pendapat aku sikit lah ngan korg. ini ape yg terlahir dari hati aku. bukan untuk menindas sape2 tapi nak bgtau yg xda sape2 kat dunia ni yg sempurna. jadi jangan lah asyik nak cari kekurangan perempuan. ye, aku mengaku mmg nak tuju entry ni utk seseorg. harap anda beropen minded lah. macam ni ceritanyee. yes betul org ckp kalo wanita itu seindah perhiasan didunia. tapi ungkapan tu terlalu sempurna. dan aku bukan lah sehebat itu. aku hanya wanita biasa dan adakalanya xsempurna. apa yg aku cuba nak sampaikan ni, aku xsuka kalo ade lelaki yg baik *tgn ke dada, mata ke atas* selalu mcm nak kondem perempuan. bg dia kalo boleh nak sume perempuan perfect kat dunia ni. sorry lah, Allah xjadi kan manusia itu sempurna wahai kawan ku. kalo kau asyik nak kondem perempuan, satu hari nanti kau kawen dgn perempuan jugak ! mak kau pun perempuan jugak. andai kata kau di kurniakan zuriat, kemungkinan salah satu nya perempuan jugak. aku rase xperlu lah kau nak merendah kan martabat kaum perempuan. ape yang kau boleh buat, kau jagalah mereka, bimbing lah mereka (perempuan) yang kau sayang. ye aku tau, terdetik di hati kau untuk mempunyai kekasih yang akan menemani hidupmu. tapi apa kan daya, rezeki belum lagi memihak pada kau. jadi jangan lah kau selalu mengkritik, memerli, meyindir dan sukutu dengan nya pada mereka yg bertuah. satiap yg Allah berikan itu pasti ade hikmahnya. kau patotnya berdoa dan pinta yg terbaik dari NYA. kau sering bersuara menyatakan perempuan itu ini. perempuan jahil itu ini. perempuan xpatut itu ini. perempuan berpakaian itu ini. kau mengkritik seolah kau solatnya cukup. seolah kau agamanya tinggi. seolah ibadahnya kau sempurna. seolah kau adalah yang terbaik dan terbagus didunia. betul, tak salah kalo kau nak tegur kejahilan yg kaum aku lakukan di dunia ini. tapi setiap perbuatan itu ada caranya. begitu juga suatu teguran yg membawa kebaikan itu. bukan caranya setiap masa kau mencari kesalahan yang perempuan lakukan. apa yang aku perhatikan, pantang ada yg bersuara tentang perempuan, pasti kau yang dulu bersuara itu ini. meyindir itu ini. menindas itu ini. jangan kau tak tahu bahawa aku tahu, solatnya engkau sering kali di tinggal kan. boleh dikatakan hari jumaat je kau rase mcm wajib solat. tepekik telonglong kat pusat karaoke kau tak fikir pulak. duit2 kau boros tu kau tak ingat pulak. nafsu berbelanja itu adalah hasutan syaitan. kau amanah ke dgn permintaan ibu bapa kau yg menghantar kau untuk belajar? aku rasa x. aku tidak lah buta, aku pun nampak apa jua kegiatan kau. itu belum perkara2 wajib lain yang kau buat. entah buat, entah tidak. aku bukan xboleh ditegur. tapi cara kau ni tak kena gaya. sebelum kau nak betul kan org, kau reflect balik diri kau depan cermin. betul ke cara kau buat ni? kau tu ibadah cukup ke? dah kompem masuk syurga? kau rasa diri kau xdihitung ke kat akhirat nanti? kau jgn lupa yang MAHA ESA kat atas tu. segala dosa2 hambaNYA adalah urusanNYA disana. jadi, menegurlah dengan caranya. aku harap kau xsalah phm dengan pandangan ikhlas dari aku ni. aku suka berkawan dengan kau. aku xda hal dengan sikap kau. tp yg aku xboleh terima, kau sering kali menjatuhkan kaum2 ku. kami kaum yang lemah dan perlukan bimbingan dari kaum2 mu. bukan minta untuk dijatuhkan oleh kaum2 mu. percayalah, suatu hari nanti kau akan bertemu yang insan yang istimewa dari kaum ku. janganlah kau pinta yg sempurna darinya. terimalah dia seadanya. kuat kan iman dan semangat ketakwa'an dlm dirimu wahai kawan ku. alkisah, itulah ceritanyee. kalo ada yg terasa tu, aku harap kau phm ape yg aku sampaikan ni. aku xnak hubungan berkawan antara kau dan rakan2 yang lain terjejas kerana sikap kau yang terlalu inginkan yg sempurna. itu dari sudut pandangan aku la. okayh la, itu jelah entry kali ni.
sekian, terima kaseh !
-anish jamil-
4 comments:
skong enrty ini 123%....:)
hehe, emo gile kan entry ni. anis bkn ape, kalo bab2 perempuan ni anis xsuka kalo dipertikaikan oleh lelaki. itu hak setiap insan. Tuhan dah bg otak setiap sorg, so gunalah utk berfikir. kalo ade perempuan yg rosak tu mungkin sesetengahnya. tapi rase mcm xpatot la kalo babitkan yg segelintirnya innocent tu. =D
awakkkk..besau kan skit tulisan nihh..pOnink nk bcenye haa...plishh2! kite nk bce..
dah2! bace cpt! hehehe =D
Post a Comment