Disini, ingin aku suarakan bertapa bertuahnye aku di samping nya. Aku dibelai, aku dimanja, aku disygi dan aku juga dicintai nya. Biarlah ape pun keadaan yg sedang kami tempuhi, sepahit mana dugaan, sepedih mana luka, seperit mana derita, tak pernah lagi persengketaan mahupun perselisihan faham yg melarat2 kami lalui. Cukup buat dirinya dengan sebuah perbincangan yg damai. Segalanya pasti ada jln penyelesaian tanpa maki hamun, tanpa amarah, tanpa menyakitkan hati, mahupun meninggikan suara. Bukan kerana kami bersikap hipokrit antara satu sama lain tetapi itulah kami. Sebenarnya, itulah dia. Sikap berfikiran positifnya dan pemaafnya membuatkan hati ini semakin menyayanginya dan menyintainya. Belum pernah lagi aku temui lelaki sesabar ini di muka bumi Allah ini. Dan aku merasa bertuah kerana memiliki hatinya. Bukan secebis, bukan setengah tetapi hampir sepenuhnya. Walaupun dia bukan yg pertama tetapi segala kebahagiaan aku bermula bersamanya. Tidak seperti kisah silam ku, aku disygi tetapi aku selalu disakiti, dimarahi, dan kdg2 aku dimaki. Aku bersyukur dgn hubungan perasaan kasih syg yg sedang aku lalui ini. Aku mengharapkan sesuatu yg kekal dan bukan sekadar persinggahan. Memang benar tiada manusia sempurna tetapi bg ku, kesempurnaan yg seadanya itu cukup buat diriku. Dirinya terlalu istimewa, tak terluah melaui kata2 tapi hati ini sering kali memuji2 dirinya.
“YA ALLAH, kau pertemukanlah jodoh antara aku dan dia. Semoga hubungan ini kekal didunia mahupun akhirat. Semoga akan terikat sebuah ikatan yg halal utk dibawa kealam seterusnya. ENGKAU kurniakan lah rahmatMU dlm hubungan yg terjalin ats dasar keikhlasan ini. YA ALLAH ya Tuhan ku, ENGKAU jadikan lah aku satu2 nya wanita didlm hatinya. Kuatkan lah cintanya terhadapMU melebihi cintanya terhadapku. ENGKAU jadikan lah dia seorg pecinta yg setia pada TUHAN nya,RASUL nya,AGAMA nya,KEDUA IBUBAPA nya, ADIK BERADIK nya dan akhir sekali cintanya terhadapku sbg kekasihnya. Semoga ENGKAU memakbulkan doa2 hambaMU yg hina ini. Aku sbgai hambaMU hanya mampu menggemis rahmat dariMU. Sesengguhnya aku menyintai dia kerana Allah Ta'ala.
AMIN! “
sekian, terima kaseh !
-anish jamil-